PROFILE LINKS MEMORIES
SITE STATS
Opened since: 03.10.2008
hits (and counting!)
visitor(s) online
Mozilla Firefox forever! ;)
Compatible on Internet Explorer
Subscribe to my blog today! :D
TAGBOARD
chapter 266 : Stress.
Jun 29, 2010 | comment | 2 comment(s)

I rasa stress sangat beberapa minggu ni. Entahla. I stress sangat sampai tak tahu nak ungkapkan macam mana. Pada waktu macam ni, I sangat perlukan dia. Cuma.. I tak mampu nak beritahu dekat dia betapa I memang perlukan dia. Hanya Dia yang tahu apa yang terbuku dalam hati I T_T

Tiba-tiba, I teringat ayat ni, "You jiwang". Ugh. I rasa ini dah kali ke-2 I dengar dia kata begitu dan seringkali jugak I tanya pada diri. Jiwang sangat ke I ni? Semalam, sambil on the phone I tutup muka I dengan bantal bila dia cakap macam tu. Ahh. Malunya! Entahla. I tak tahu kenapa I rasa malu. Dengan dia.. Semuanya segan. Apa yang segan sangat tak tahu lah. Kadang-kadang I terfikir apa yang I ungkapkan dengan dia sebelum ni. Jiwang sangat ke ayat I tu? Haha. Sampai membuatkan dia cakap macam tu? At one point I rasa macam "Yelah, I dah tanak jiwang-jiwang lagi dah". Mungkin itu adalah salah satu sebab I tak update blog I kot? T_T

Kalau sesiapa yang perasan atau memang sentiasa mengikuti perkembangan blog I ni, mesti mereka tahu jiwa I ni macam mana. Okay fine la. I admit. I seorang yang jiwang. Yeah. I suka baca love quotes dan baca mana-mana love story. Benda macam tu seolah-olah membuatkan I rasa happy sangat. Benda-benda macam tu memang membuatkan I go "Awww. Sweet!". Kemudian, mula lah I berangan-angan I dengan kekasih hati macam dalam movie. Okaylah. I malas nak continue lagi. Takut ada pulak orang yang termuntah dengan apa yang I cakap ni. Hahaha. I nak pergi mandi dulu. Later I sambung ya :P
8:52 PM | back to top